MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 CEMERLANG

LILIES SURYANTI BINTI AZEMI

ABSTRACT

This study is an action reseach that aims to upgrade skill build compound sentence in Malay language writing. I have realized that difficult students to build sentence if not being coached or has not been granted stimulation material. Therefore, a study action was being conducted on a group of Tahun student 3 Cemerlang in Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu to find and prove effective method so that students more easily to build compound sentence. I has singled Responds-Stimulus method “5W1H” to aid students build compound sentence that. Study this was being conducted on 11 people student. All information that need to be analyzed in study this was gained through diagnostic test, observation, document analysis, pre test and also post test. Various forms of training build compound sentence in writing on a topic were given, among them including building sentence based on serial pictures, building sentence based on single picture and constructed sentence with use conjunction that given. Study findings showing skill build compound sentence in writing about something topic grew by 30.4%. I hope study this able to improve skill build compound sentence in year students Tiga Cemerlang.


1.0 Pengenalan
Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Melayu. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja.
2.0 Fokus Kajian
Semasa menjalani latihan mengajar di sekolah, saya telah mengajar di kelas Tiga Cemerlang yang terdiri daripada 41 orang pelajar yang tiada banyak masalah pembelajaran kerana mereka antara pelajar yang pandai dan berada di kelas yang kedua daripada lapan kelas yang terdapat di sekolah ini. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya telah mendapati kebanyakan pelajar lebih suka membina ayat tunggal sahaja. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi markah peperiksaan mereka, terutamanya pada bahagian karangan.

            Pelajar yang membina ayat tunggal sahaja dalam bahagian penulisan akan menyebabkan mereka tidak mendapat markah penuh semasa peperiksaan. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana membina ayat adalah penting terutamanya untuk membolehkan pelajar memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, kemungkinan peratus markah dalam penulisan bahasa Melayu nanti akan terjejas. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan masalah ini dari berlarutan sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Oleh itu, saya perlu meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” melalui gambar besiri, gambar tunggal dan kata hubung.  

Masih terdapat ramai pelajar yang bermasalah dalam membina ayat majmuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Melalui pemeriksaan buku latihan dan lembaran kerja pelajar, didapati pelajar ketandusan idea dan  tidak dapat membina ayat majmuk yang berkaitan dan bersesuaian dengan topik yang diberi. Isu ini perlu ditangani supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk membantu pelajar menjadi lebih arif dan bijak dalam penulisan.

            Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai. Hal ini berdasarkan kajian tentang masalah membina ayat majmuk yang telah banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu, antaranya ialah seperti Hartini ( 2005 ), Iskandar Muda ( 2005 ),  Harris Fadzilah ( 2002 ), Zalinawati ( 2006 ), Azizah dan Samidon ( 2006 ), Habsah ( 2006 ) dan Masni dan Suen ( 2007 ). Sekolah yang saya jalani latihan mengajar juga telah mengalami masalah yang sama iaitu pelajar didapati bermasalah dalam aspek membina ayat terutamanya ayat majmuk. Hal ini dapat dikenal pasti semasa proses pengajaran berlangsung, terutamanya semasa sesi kemahiran menulis. Walaupun masalah ini wujud di sekolah tersebut, namun tidak ada individu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian tentang masalah ini. Oleh itu, wajarlah kajian ini dilakukan bagi Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk dalam Kalangan Pelajar Tahun Tiga Cemerlang.


3.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1.     Untuk meningkatkan  kebolehan pelajar membina dan menulis ayat majmuk  dalam penulisan tentang sesuatu topik.
2.     Untuk mengesan kaedah yang sesuai dalam penulisan tentang sesuatu topik.
3.     Untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam membina ayat majmuk melalui langkah-langkah yang dilaksanakan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Islah yang terletak di Bandar Kota Bharu. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 1600 orang pelajar dan dianggotai oleh barisan guru seramai 86 orang iaitu 19 lelaki dan 67 orang perempuan. Sekolah ini mempunyai dua tahap iaitu tahap satu dan tahap dua yang merangkumi tahun satu hingga tahun enam dan terdapat juga pelajar pra sekolah. Setiap tahun mempunyai tujuh hingga lapan kelas dan pelajar di sekolah ini belajar dalam satu sesi sahaja.
Sekumpulan 41 orang  pelajar tahun Tiga Cemerlang difokus untuk kajian ini iaitu terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan 29 pelajar perempuan.  Kumpulan  pelajar ini tergolong dalam kumpulan baik, sederhana dan kumpulan lulus. Pelajar tahun Tiga Cemerlang ini merupakan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. Disebabkan sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang besar dan kuantiti pelajar yang terdapat di dalam satu-satu kelas tersebut ramai, maka semua pelajar bergaul bersama tanpa mengambil kira perbezaan kebolehan. Boleh dikatakan kesemua pelajar yang terdapat di dalam kelas ini mempunyai latar belakang sosioekonomi yang sederhana dan cuma terdapat seorang dua sahaja yang betul-betul agak berstatus tinggi. Setelah berbincang dengan guru kelas tiga Cemerlang dan juga hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan, 11 pelajar bermasalah dari aspek membina ayat majmuk yang terdapat dalam kelas ini diambil sebagai responden. 

5.0 Tindakan

5.1 Tinjauan Masalah

Saya mendapati bahawa pelajar lebih gemar membina ayat tunggal dan kegagalan mereka membina ayat majmuk dengan baik dalam penulisan. Semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat majmuk jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan.  Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi pelajar masih lagi tidak dapat mengembangkan ayat menjadi ayat majmuk yang lengkap. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas semasa melaksanakan latihan di dalam kelas. Semasa tinjauan masalah dilakukan , pelajar didapati:-

a)     Lebih suka membina ayat tunggal sahaja.
b)    Membina ayat majmuk terhad kepada kata hubung yang mudah difahami oleh murid, contohnya ‘dan’.
c)     Tidak tahu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
5.2 Pelaksanaan Tindakan
5.2.1 Kaedah Soalan-Respons “5W1H”
Saya telah memperkenalkan kaedah Soalan-Respons “5W1H” kepada responden dan meminta mereka mengingatinya.  Perkataan yang mula-mula digunakan ialah “ siapa “ ( who ) atau siapa yang terlibat dalam situasi tersebut. Saya meminta pelajar membayangkan siapa  atau subjek. Kemudian pelajar di minta menamakan subjek tersebut. Sekiranya subjek tersebut manusia, maka tuliskan nama orang itu dan sekiranya haiwan atau benda tuliskan juga namanya. Seterusnya “ bila “ ( when ), saya meminta pelajar membayangkan bilakah kejadian  tersebut berlaku iaitu dari aspek masa atau hari. Begitu juga dengan “ di mana “ ( where ), pelajar dikehendaki memberi contoh tempat kejadian atau sesuatu peristiwa itu berlaku. Bagi perkataan “ kenapa “ ( why ) pula, pelajar perlu menyatakan kenapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu terjadi. Kemudian, melalui perkataan “ apa “ ( what ), pelajar perlu menyoal diri mereka sendiri tentang apakah peristiwa yang berlaku dan perkataan “ bagaimana “ ( how ) pula memerlukan pelajar memikirkan bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku.  Saya telah melaksanakan kaedah ini sepanjang tempoh latihan mengajar iaitu mengambil masa kira-kira 10 minit bagi setiap sesi untuk mengukuhkan ingatan pelajar. 
Siapa ( who )    
: Siapa yang terlibat dalam situasi tersebut?
Apa ( what )
: Apakah peristiwa yang berlaku?
Bila ( when )
: Bilakah kejadian  tersebut berlaku?  (dari aspek masa atau     hari )
Di mana ( where )
: Contoh tempat kejadian atau sesuatu peristiwa itu berlaku
Kenapa ( why )
: Kenapa sesuatu peristiwa atau keadaan itu terjadi?
Bagaimana ( how )

: Bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku?
5.2.2 Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar   bersiri.
Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri yang diberi.  Berlainan dengan apa yang pelajar biasa hadapi, para pelajar tidak diberi perbendaharaan kata yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan teknik Soalan-Respons“5W1H” yang telah diperkenalkan kepada mereka untuk membantu mereka mencari idea atau mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar, kemudian pelajar di minta membina ayat majmuk yang bersesuaian dengan gambar yang diberi. Latihan ini dilaksanakan pada masa rehat dan juga masa ketiadaan guru mata pelajaran.
5.2.3 Latih tubi kaedah Soalan-Respons “5W1H” menggunakan gambar tunggal.


Aktiviti pada strategi 3 memerlukan pelajar membina lima ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal.  Bilangan ayat yang perlu ditulis oleh pelajar dihadkan oleh saya.  Gambar tunggal juga diberi kepada para pelajar untuk membantu mereka mengembangkan idea dan ini juga dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Bagi memudahkan pelajar mendapat idea dan mengembangkannya, saya telah meminta pelajar membulatkan gambar atau situasi yang menunjukkan kata kerja. Kemudian barulah pelajar membina ayat dengan menggunakan kata kerja tersebut. Pelajar juga diingatkan supaya menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” semasa membina ayat. Saya telah menggunakan sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga masa rehat untuk melaksanakan latihan ini.
5.2.4 Latih tubi Soalan-Respons “5W1H” menggunakan kata hubung.
Strategi 4 memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi. Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung yang bersesuaian . Latihan ini telah dilakukan pada masa terluang dan dilaksanakan di pusat sumber sekolah selama lebih kurang satu jam. Saya berfungsi sebagai pembimbing pelajar dalam mengaplikasikan kaedah Soalan-Respons “5W1H”.
6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :

Jadual 6.1 : Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Pos

Bil

Nama 
Ujian Pra
(%)
Ujian Post
(%)

1

Ahmad Zakwan B. Esahak
53
85

2

Ahmad Zawawi B. Mohamad
53
68

3

Mohamad Hazril B. Mohd Aziz
63
98

4

Mohamad Waie Ajmal B. Mohd Azri
50
75

5

Muhammad Akief B. Abd Azid
48
88

6

Nor Aiman Alif B. Ishak
55
70

7

Wan Afiq Haikal B. Wan Mohamed Rizal
38
82

8

Nur Amni Syuhada Bt Azhan
63
85

9

Nur Anis Athirah Bt Shafulizam
38
85

10

Qistina Hanani Bt Rizal
55
87

11

Sarah Balqis Bt Muhamad Rosdi
58
85



Min =
52.1%
82.5%

Berdasarkan Jadual 6.1 di atas, terdapat perbezaan dalam markah pencapaian pelajar yang telah menjalani proses tindakan yang dilaksanakan oleh saya. Jadual tersebut menunjukkan perbezaan yang berlaku antara pencapaian ujian pra dan ujian pos. Min purata bagi ujian pra ialah sebanyak 52.1%, manakala min bagi ujian pos pula ialah sebanyak 82.5%. Beza min antara kedua-dua ujian tersebut ialah sebanyak 30.4%. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya min purata pencapaian pelajar yang menjalani tindakan tersebut telah melonjak dari 52.1% kepada 82.5%.Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid dalam penguasaan kemahiran membina ayat majmuk.



7.0 Perbincangan
7.1 Rumusan
Pengukuhan yang berterusan penting untuk menambah baik penguasaan pelajar. Penambahbaikan kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk. Hal ini kerana kerana didapati ramai pelajar yang melakukan kesilapan semasa menulis karangan iaitu dari aspek binaan ayat terutamanya ayat majmuk dan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi markah yang tinggi.  Semua pelajar sebenarnya mempunyai potensi untuk berjaya, namun kelemahan mereka dalam penguasaan konsep menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam aspek tersebut. Tetapi melalui latihan yang berterusan saya yakin dan percaya bahawa pelajar ini akan berjaya. Hal ini ditambah pula dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka semasa aktiviti dijalankan.

Kesimpulannya, kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk dengan menggunakan kaedah Soalan-Respons “5W1H” ini telah berjaya membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka. Diharap dengan kaedah yang diperkenalkan ini pelajar dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.

7.2 Cadangan Kajian Seterusnya

Aktiviti penyelidikan seumpama ini merupakan salah satu medium penting yang dapat diaplikasi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan seterusnya dapatlah difikirkan altenatif yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah yang diperkenalkan kepada pelajar dilihat telah dapat membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membina ayat. Namun demikian, latihan pengukuhan yang konsisten dan berterusan haruslah diberikan oleh guru-guru bagi menambah kecekapan pelajar tersebut.

Kajian tindakan ini harus dijalankan dalam satu tempoh masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih baik.  Dalam jangka masa yang singkat, saya tidak dapat memperkenalkan kaedah ini kepada semua pelajar. Oleh itu, diharap kajian ini dapat dilaksanakan kepada semua pelajar supaya mereka juga mendapat manfaat yang sama dan dapat membantu memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran tersebut terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

 Seterusnya, kajian juga boleh dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Kaedah yang diperkenalkan ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah terutamanya untuk para pelajar yang lemah dalam aspek kemahiran menulis. Selain itu, kajian tindakan ini juga dapat diperluaskan lagi skopnya pada masa hadapan iaitu menerusi kajian tentang struktur ayat, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Sesungguhnya hal ini sangat penting kerana kemahiran menulis merupakan salah satu aspek penting untuk menjamin masa depan para pelajar iaitu melalui ujian, peperiksaan dan sebagainya. 








RUJUKAN

Rujukan Buku


Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar
Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis : Jilid (1) / 2006‚ 35-56.

Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal
     Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19.

Iskandar Muda (2005).  Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian
     Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Prosiding Seminar
 Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35

Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi
     Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Prosiding Seminar  Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84

Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR (Percubaan) dalam
      Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24.

Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk Meningkatkan
     Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195.


Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal
     Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19.


Rujukan Internet

Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat       mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan formula
P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.

Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian
daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan. Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf

Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar Penyelidikan

Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah.
Diperoleh pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini

Contoh format dan cara menulis prosiding.