Catatan

Imej
PhD-Rezeki atau kehebatan. Kebanyakan orang beranggapan mengikuti  pengajian Ijazah Doktor Falsafah adalah titik klimaks  perjuangan dalam bidang akademik. Ternyata anggapan itu silap, kerana dalam dunia akademik genggaman PhD adalah titik mula untuk terus cemerlang dan menyumbang dalam kepakaran yang dimiliki seseorang.    Alhamdulilllah setelah menempuhi dugaan dan cabaran dalam pengajian PhD akhirnya aku antara salah seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Warisan (Kesusasteraan Melayu) dengan tajuk tesis 'Rasa Fenomenologi dalam Filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee'. Pahit getir pengalaman sejak September 2011-Sept 2016 (hampir 6 tahun) akhirnya rezeki berpihak kepadaku. Pada Allah aku berdoa dan berserah agar perjalanan PhDku menemui noktah terakhir termakbul apabila pada 20 April 2016 aku selesai Viva dengan pembetulan minor selama 3 bulan. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan dan kegembiraan yang kurasa. Tahniah kepada semua pemegang PhD yang bergr

ESTETIKA RASA DALAM FILEM ARAHAN DAN LAKON OLEH P. RAMLEE : ANALISIS TERHADAP FILEM PENAREK BECA (1955)

ESTETIKA   RASA   DALAM    FILEM   ARAHAN DAN LAKON OLEH   P. RAMLEE : ANALISIS TERHADAP FILEM   PENAREK BECA (1955) ABSTRAK Kertas seminar ini cuba menjelaskan hubungan estetika dengan rasa khalayak dalam filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee: rujukan filem PENAREK BECA (1955).   Estetika adalah konsep yang berkaitan dengan keindahan, elok, berguna yang merangkumi aspek fizikal dan dalaman termasuk akal budi. Rasa ialah emosi dan perasaan yang terpendam dalam alam bawah sedar diri seseorang ( unconscious ). Emosi akan terangsang apabila disentuh dan   diusik   dengan fenomena sosiobudaya kehidupan masyarakat yang direpresentasikan melalui   filem yang mampu menyentuh   rasa seseorang.   PENAREK BECA (1955) menyajikan penonton dengan sinematografi, lakon dan arahan P. Ramlee yang estetik-merangkumi estetika bentuk, rupa, nilai dan sosiologi. Estetika tersebut membangkitkan rasa duka, rasa utama yang mendominasi filem ini di samping rasa riang dan rasa wira. PENAREK BECA
Salam perjuangan untuk semua, Dalam menjalani kehidupan yang mendatang, kadang-kadang kita gembira apabila rancangan yang kita buat menjadi kenyataan. Namun demikian, ramai yang berduka apabila harapan yang tidak kesampaian. Tidak kurang yang kecewa apabila gagal  merancang dalam hidup. Walaupun apa yang berlaku, kita perlu redha dan menerima ketentuan dan ketetapan Allah. Sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Inilah TAKDIR dan Qadak dan Qadar Allah. Kita sebagai makhluk ciptaanNya perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran kerana perjalanan hidup kita adalah hak Allah.           Kita sebagai insan yang menumpang sementara waktu di Bumi  Tuhan semestinya bersyukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.  Nikmat lima pancaindera yang Allah pinjamkan kepada hambaNya tidak mampu dan tidak terbalas dengan wang ringgit. Sebaliknya, ramai yang lupa dan alpa dengan nikmat serta rahmat Allah sehinggakan ada manusia yang berani mencabar kekuasaanNya.          Ramai di a
Guru pelatihku sayang: Emosi, rasa dan perasaan sukar diterjemahkan dengan kata mahupun  bicara. Walaupun ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang hampir sama, namun berbeza pada hakikatnya. Emosi memang telah hadir dan bersatu dalam diri setiap manusia yang bergelar insan. Emosi marah, sayang, berang dan lain-lain (5 emosi tetap yang lain) wujud secara semula jadi dengan kejadian manusia. Kita akan berasa marah, sayang dan sedih apabila emosi tadi digerakkan atau bertindak balas dengan situasi yang wujud di sekeliling kita. Umpamanya dalam keadaan tenang kita berubah menjadi marah akibat  perlakuan yang hadir di depan kita seperti kanak-kanak bermain mercun ketika kita solat tarawih, kenderaan lain memotong kenderaan kita secara sesuka hati tanpa beri isyarat, berbual dan mengumpat kita dengan terang-terangan. Apabila emosi tetap yang berada dalam diri kita dirangsang oleh peristiwa-peristiwa tersebut, maka emosi kita sudah bangkit ke alam sedar, dalam masa yang sama da
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 CEMERLANG LILIES SURYANTI BINTI AZEMI ABSTRACT This study is an action reseach that aims to upgrade skill build compound sentence in Malay language writing. I have realized that difficult students to build sentence if not being coached or has not been granted stimulation material. Therefore, a study action was being conducted on a group of Tahun student 3 Cemerlang in Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu to find and prove effective method so that students more easily to build compound sentence. I has singled Responds-Stimulus method “5W1H” to aid students build compound sentence that. Study this was being conducted on 11 people student. All information that need to be analyzed in study this was gained through diagnostic test, observation, document analysis, pre test and also post test. Various forms of training build compound sentence in writing on a topic were given, among them including building