Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Mahasiswa dulu dan sekarang?

Tiap detik dan ketika, kita tidak pernah bertanya kenapa masa berlalu terlalu pantas, tanpa kita sedari kita semakin sampai ke noktah. Noktah ? Tapi noktah hidup di dunia hanya sementara, kita akan dibangkitkan dan hidup selama-lamanya dalam alam yang satu lagi.
     Berapa ramai yang sedar dan tahu  matlamat hidup masing-masing?  Ramai yang tahu matlamat hidup tapi tidak berusaha untuk mencapainya. Senario ini terlalu parah apabila melihat gelagat mahasiswa sekarang. Mungkin ramai yang tidak setuju dan marah dengan saya, jika saya katakan mahasiswa dan bakal guru yang ingin dilahirkan oleh BPG  dan IPG tidak dapat memenuhi hasrat dan matlamat pihak kerajaan.  Bukan tuduhan dan omong kosong. Hakikat ini harus diterima tanpa prejudis. Bukan semua, tapi segelintir. Mengapa hal ini terjadi? Jangan kita salahkah pada sesiapa. Jangan  marahkah nyamuk kelambu dibakar? Menuding jari kepada seseorang, sebenarnya kita terlupa tiga jari menuding ke arah kita sendiri? Perkara ini perlu difikir be…

PM 2311 - Khas sebagai persediaan akhir sebelum bertarung esok.

Imej
Baca dan buat latihan  tentang perkara di bawah ini. Tajuk morfologi sila baca  bentuk kata dan golongan kata untuk persediaan jawab bahagian objektif.- -imbuhan sisipan - guru pelatih perlu  melihat dan mengakaji kemungkinan  imbuhan sisipan  seperti el-er -em -Lihat juga nota pembentukan akronim -Baca juga nota pembinaan frasa-  Sintaksis Baca nota frasa, klausa dan ayat- lihat proses pembinaannya. Lihat juga ayat aktif-ayat pasif Baca nota pola ayat bahasa Melayu dan buat latihan FN+FN FN+FS FN+FK FN+FA Jenis-jenis ayat- ayat perintah- contohnya Kesusasteraan Melayu Baca nota fungsi sastera Adat perkahwinan orang Melayu BACA JUGA TAJUK-TAJUK LAIN- YANG DIFIKIR SESUAI Selamat menempuh peperiksaan akhir- saya mendoakan agar kalian dapat menjawab dengan baik dan cemerlang.

Sambung BMM3113 (ptg untuk exam)

Guru pelatih perlu menguasai topik dan tajuk -tajuk penting seperti berikut:    - ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan.     -kod etika dalam penyelidikan tindakan. - pendekatan kualitatif                  - pendekatan kuantitatif.        - proses  analisis data bagi penyelidikan  kualitatif  dengan menggunakan kaedah  deduktif dan induktif                  - kaedah pengumpulan data dalam kajian tindakan.
                  - teknik  temubual      dalam kajian                        penyelidikan tindakan.                                                               

Bahasa Melayu 1 PM2311 P4 (TERBAHARU)

Pesan Bestari

Dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar, kita seharusnya tahu dan lebih tahu apa yang sepatutnya kita tahu. Jangan kita menjadi siswa yang bercakap dan berdebat dengan hujah retorik semata-mata. Hujah yang tidak berpijak di bumi nyata. Kadang kala kita terlalu bijak dalam menilai kelemahan orang lain, sedangkan kesalahan diri sendiri terserlah tanpa nilaian orang lain. Jangan kita jadi ketam mengajar anak berjalan lurus, anak entah ke mana, ibu sesat di jalanan.
Siswa yang dikasihi semua, dalam kehidupan dunia kampus yang banyak menuntut perubahan dan kesabaran, kita tidak seharusnya menjadi siswa buruan setiap pensyarah kerana karenah kita yang luar jangka. Jadilah diri kita yang sebenar - tanpa ada lakonan yang hebat, mengalahkan watak Sang Rajuna Tapa dalang pengkhianat kerajaan Temasik suatu ketika dulu. Kita sebenarnya tahu kita siapa, tidak perlu kita bertanya siapa kita? Cuma kadang-kadang kita lupa kerana kita 'insan' yang memang bersifat pelupa. …