PhD-Rezeki atau kehebatan.
Kebanyakan orang beranggapan mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah adalah titik klimaks perjuangan dalam bidang akademik. Ternyata anggapan itu silap, kerana dalam dunia akademik genggaman PhD adalah titik mula untuk terus cemerlang dan menyumbang dalam kepakaran yang dimiliki seseorang. Alhamdulilllah setelah menempuhi dugaan dan cabaran dalam pengajian PhD akhirnya aku antara salah seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Warisan (Kesusasteraan Melayu) dengan tajuk tesis 'Rasa Fenomenologi dalam Filem-filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee'. Pahit getir pengalaman sejak September 2011-Sept 2016 (hampir 6 tahun) akhirnya rezeki berpihak kepadaku. Pada Allah aku berdoa dan berserah agar perjalanan PhDku menemui noktah terakhir termakbul apabila pada 20 April 2016 aku selesai Viva dengan pembetulan minor selama 3 bulan. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan dan kegembiraan yang kurasa. Tahniah kepada semua pemegang PhD yang bergraduat bersama-samaku seramai 9 orang dan aku adalah graduan PhD yang pertama dalam bidang Warisan di Fakulti FTKW UMK.
Ulasan