RASA DAN PERASAAN
Rasa dan perasaan biasanya melibatkan emosi dan gerak balas fizikal. Sesuatu perlakuan yang kita lihat akan menimbulkan pelbagai rasa dalam hati kecil kita. Contohnya, kita menyaksikan anak jiran dimarahi ibu bapanya secara keterlaluan. Mungkin kita rasa simpati pada anak tersebut, atau kita rasa marah pada jiran kerana ikut perasaan marah lalu memukul anaknya. Menjadi persoalan kita di sini, apakah rasa yang terdetik dalam hati kecil kita itu mampu kita luahkan dan kita uruskan secara betul? Dalam kes di atas rasa simpati kita terhadap fenomena yang berlaku sudah pasti mendorong kita agar menasihati jiran agar tidak bertindak keterlaluan pada anaknya. Yang pasti, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Realitinya kita akan diam dan lihat sahaja tanpa merealisasikan rasa yang lahir dalam hati kecil kita. Fikir-fikirkan.
Ulasan