Contoh format dan cara menulis prosiding.


MENINGKATKAN KELANCARAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERKATAAN DUA SUKU BAGI MURID TAHUN 2
Oleh
NUR NADIYAH BT INDRA GUNAWAN

Abstract
This study was undertaken to improve the reading proficiency of words containing two syllables among  students years two. This study was conducted on seven pupils Year Two Pintar, Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong, Kelantan. The objectives of this study is to improve students' mastery of reading the words of two syllables, to measure the effect of the method used to improve proficiency of studentsin reading and detect variances the students after impliment the method. The results showed that differences in test results from pre and post test. Comparison of pre and post test showed the improved performance of students in the mastery of reading skills. The method used the technique Singing Quarter , Merge me  and syllable pronunciation training was found can help to improve student’ mastery  of reading the words of two syllables. The study found that student proficiency in reading increased.
       
          1.0 Refleksi pengajaran

Setelah beberapa kali sesi pengajaran, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila pengkaji menyuruh murid membaca petikan secara individu yang terdapat di dalam buku ketika sesi pengajaran. Namun demikian, pengkaji melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika pengkaji menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu.

2.0 Fokus kajian

Pengkaji mendapati murid telah dapat membaca suku kata mudah seperti perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata  yang bermula dari huruf vokal. Namun mereka menghadapi masalah apabila membaca perkataan yang lebih sukar terutamanya bagi suku kata tertutup. Contohnya perkataan “sambung”, mereka akan membunyikan dengan sebutan “lombong”. Murid gemar mebunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV.

Objektif kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
3.0      Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata dalam kalangan murid Tahun Dua
3.1      Mengukur kesan kaedah “Nyanyian Suku Kata”, “Cantumkan Saya” dan Latih  Tubi Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca Murid Tahun Dua.
3.2      Mengesan perbezaan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.


4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas tujuh orang murid tahun 2 Pintar Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid-murid ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata.melalui ujian diagnostik yang diberikan.

5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, pengkaji ingin mengenal pasti masalah yang timbul dalam P&P apabila ramai murid  menyebut perkataan secara sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang terhampir. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui pemerhatian sewaktu PNP, perbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid.

5.2 Pelaksanaan tindakan
5.2.1 Latihan Nyanyian Suku Kata
Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 4.04.10 sehingga 22.04.10 . Teknik ini   
dilaksanakan selama 10 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit
diperuntukkan bagi setiap sesi.  Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama menggunakan versi lagu tertenttu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua. Contoh perkataan pantas
                   Pan pan,
                   pan pan, pan pan, pan pan
                  tas..............!!!!

Refleksi : Setelah 3 minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu muridd mengingat konsep mencantum perkataan.

5.2.2 Aktiviti 2 : “Cantumkan Saya”
Aktiviti “Cantumkan Saya” ini dijalankan pada 25.04.10 hingga 13.05.10. Teknik ini    dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan  Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.








                 
       

Oval: E
Oval: F Oval: G
Oval: H



                               Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya
5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata
Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan
 membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 16.05.10 hingga 03.06.10. Teknik ini  dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.   


a           ha          ra
ba         ja         sa
ca         ka           ta
da         la           wa
fa         ma          ya
ga         na
        

i           hin          rin
bin         jin      sin
cin         kin      tin
din         lin       win
fin         min     yin
gin         nin
      

u           hung          rung
bung         jung      sung
cung         kung      tung
dung         lung      wung
fung         mung      yung
gung         nung


Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata












6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut
Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos
Bil
Nama murid
Ujian pra
Ujian pos
Peningkatan pencapaian
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)
1
Aidil Azihan
50
35.71
115
82.14
65
+46.43
2
Wajdi
6
4.28
82
58.57
76
+54.29
3
Afiq
46
32.85
120
85.71
74
+52.86
4
Syawal
26
18.57
104
74.28
78
+55.71
5
Mifzal
31
22.14
115
82.14
84
+60.00
6.
Shuhadha
44
31.42
123
87.85
79
+56.43
7.
Munirah
36
25.71
124
88.57
88
+62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid mendapat pencapaian antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca 65 hingga 88 perkataan pada ujian pos. Min purata bagi ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada min purata 79.89% pada ujian pos ini. Peningkatan min purata ini sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid dalam penguasaan kemahiran membaca.






Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
         

Kesimpulan
Pengkaji dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan.

Cadangan kajian seterusnya
Memandangkan aktiviti yang  dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan dua suku kata, pengkaji bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca perkataan tiga suku kata. Pengkaji turut  bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu  tidak memahami konsep mencantum perkataan.

10.0 SENARAI RUJUKAN

      Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan 
      Guru Kampus Batu Lintang

Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak Berilmu Keluarga Beruntung. Diperoleh pada 31
Januari 2010 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

     3 Febuari 2010 daripada http://www.docstoc.com/.../Kajian-Unian-Diagnostik-    
    Untuk-Mengesan-Kelemahan-Bacaan-Bahasa                                                                                                 
     
         Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
                  Malaysia Sdn. Bhd.

Peningkatan Kemahiran Membaca. Diperolehi pada 3 Febuari 2010 daripada

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: 
Kementerian Pendidikan Malaysia

Puan Aspalaila Ramli. Puan Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran
       Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
       Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
       2006.Sekolah Rendah

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1
      Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar
      Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan
      Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV
      KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
       Johor 2006 Sekolah Rendah.

Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
     Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.
      Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan
      Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini