Pesan Bestari

Dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar, kita seharusnya tahu dan lebih tahu apa yang sepatutnya kita tahu. Jangan kita menjadi siswa yang bercakap dan berdebat dengan hujah retorik semata-mata. Hujah yang tidak berpijak di bumi nyata. Kadang kala kita terlalu bijak dalam menilai kelemahan orang lain, sedangkan kesalahan diri sendiri terserlah tanpa nilaian orang lain. Jangan kita jadi ketam mengajar anak berjalan lurus, anak entah ke mana, ibu sesat di jalanan.

Siswa yang dikasihi semua, dalam kehidupan dunia kampus yang banyak menuntut perubahan dan kesabaran, kita tidak seharusnya menjadi siswa buruan setiap pensyarah kerana karenah kita yang luar jangka. Jadilah diri kita yang sebenar - tanpa ada lakonan yang hebat, mengalahkan watak Sang Rajuna Tapa dalang pengkhianat kerajaan Temasik suatu ketika dulu. Kita sebenarnya tahu kita siapa, tidak perlu kita bertanya siapa kita? Cuma kadang-kadang kita lupa kerana kita 'insan' yang memang bersifat pelupa. Dalam dunia ini, ada empat sifat manusia yang kita perlu tahu: Manusia yang tahu,dan dia tahu apa yang dia tahu. Manusia yang tak tahu, dan dia tahu yang dia tidak tahu. Manusia yang tahu, dan dia tak tahu sebenarnya dia tahu. Manusia yang tak tahu, dan dia memang tak tahu yang dia sebenarnya tak tahu.

Jangan jadi manusia golongan keempat yang tidak tahu dan dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia tidak tahu. Jadi, sempena minggu exam, janganlah jadi manusia golongan keempat ini. Selamat menempuh minggu peperiksaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini

Contoh format dan cara menulis prosiding.