Mahasiswa dulu dan sekarang?
Tiap detik dan ketika, kita tidak pernah bertanya kenapa masa berlalu terlalu pantas, tanpa kita sedari kita semakin sampai ke noktah. Noktah ? Tapi noktah hidup di dunia hanya sementara, kita akan dibangkitkan dan hidup selama-lamanya dalam alam yang satu lagi.
Berapa ramai yang sedar dan tahu matlamat hidup masing-masing? Ramai yang tahu matlamat hidup tapi tidak berusaha untuk mencapainya. Senario ini terlalu parah apabila melihat gelagat mahasiswa sekarang. Mungkin ramai yang tidak setuju dan marah dengan saya, jika saya katakan mahasiswa dan bakal guru yang ingin dilahirkan oleh BPG dan IPG tidak dapat memenuhi hasrat dan matlamat pihak kerajaan. Bukan tuduhan dan omong kosong. Hakikat ini harus diterima tanpa prejudis. Bukan semua, tapi segelintir. Mengapa hal ini terjadi? Jangan kita salahkah pada sesiapa. Jangan marahkah nyamuk kelambu dibakar? Menuding jari kepada seseorang, sebenarnya kita terlupa tiga jari menuding ke arah kita sendiri? Perkara ini perlu difikir bersama. Tanya pada diri masing-masing mengapa kita pilih untuk jadi guru, kerana wang, kerana ibu bapa kita, kerana tidak ada kerja lain, atau memang kita dapat menjiwai watak guru itu sendiri? Tepuk dada tanya kepala? Wassalam....
Ulasan