Salam perjuangan untuk semua,

Dalam menjalani kehidupan yang mendatang, kadang-kadang kita gembira apabila rancangan yang kita buat menjadi kenyataan. Namun demikian, ramai yang berduka apabila harapan yang tidak kesampaian. Tidak kurang yang kecewa apabila gagal  merancang dalam hidup. Walaupun apa yang berlaku, kita perlu redha dan menerima ketentuan dan ketetapan Allah. Sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Inilah TAKDIR dan Qadak dan Qadar Allah. Kita sebagai makhluk ciptaanNya perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran kerana perjalanan hidup kita adalah hak Allah.

          Kita sebagai insan yang menumpang sementara waktu di Bumi  Tuhan semestinya bersyukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.  Nikmat lima pancaindera yang Allah pinjamkan kepada hambaNya tidak mampu dan tidak terbalas dengan wang ringgit. Sebaliknya, ramai yang lupa dan alpa dengan nikmat serta rahmat Allah sehinggakan ada manusia yang berani mencabar kekuasaanNya.

         Ramai di antara kita hidup dengan kepura-puraan . Walaupun mencipta watak sendiri dalam kehidupan adalah hak seseorang. Watak bulat dan watak pipih, watak hitam dan watak putih adalah dua watak sinonim dalam hidup. Tidak ramai yang suka watak bulat dan watak pipih yang lebih skematik, lurus dan baik. Ramai yang pilih watak pipih dan hitam yang suka kepada hal-hal keduniaan hingga lupa diri dan asal usul. Akhir hidup bergelumang dengan segala asyik maksyuk dunia, akhirnya terjerumus ke lembah durjana tanpa ada penyesalan.
         Ingatlah semua, hidup mati, jodoh dan rezeki, kaya miskin, bukan kerja kita, Allah lebih mengetahui apa yang kita kerjakan, dan Allah adalah segala-galanya.
         

                








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini

Contoh format dan cara menulis prosiding.