ESTETIKA RASA DALAM FILEM ARAHAN DAN LAKON OLEH P. RAMLEE : ANALISIS TERHADAP FILEM PENAREK BECA (1955)



ESTETIKA  RASA  DALAM   FILEM  ARAHAN DAN LAKON
OLEH  P. RAMLEE : ANALISIS TERHADAP
FILEM  PENAREK BECA (1955)

ABSTRAK
Kertas seminar ini cuba menjelaskan hubungan estetika dengan rasa khalayak dalam filem arahan dan lakon oleh P. Ramlee: rujukan filem PENAREK BECA (1955).  Estetika adalah konsep yang berkaitan dengan keindahan, elok, berguna yang merangkumi aspek fizikal dan dalaman termasuk akal budi. Rasa ialah emosi dan perasaan yang terpendam dalam alam bawah sedar diri seseorang (unconscious). Emosi akan terangsang apabila disentuh dan  diusik  dengan fenomena sosiobudaya kehidupan masyarakat yang direpresentasikan melalui  filem yang mampu menyentuh  rasa seseorang.  PENAREK BECA (1955) menyajikan penonton dengan sinematografi, lakon dan arahan P. Ramlee yang estetik-merangkumi estetika bentuk, rupa, nilai dan sosiologi. Estetika tersebut membangkitkan rasa duka, rasa utama yang mendominasi filem ini di samping rasa riang dan rasa wira. PENAREK BECA (1955) ialah filem pertama arahan P.Ramlee yang memberi kesan estetika rasa kepada penonton.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini