CONTOH JAWAPAN SOALAN ESEI BMM3103

Contoh soalan.
Mengapakah penilaian sumatif lebih sesuai digunakan untuk menilai pencapaian murid?
Jawapan contoh:


Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan pada akhir tahun atau akhir semester dalam tempoh tertentu sesuatu pengajian di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.  Manakala dalam peperiksaan awam, ujian sumatif ialah UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ujian sumatif lebih sesuai digunakan kerana skop soalan yang diuji telahpun selesai diajar kepada semua murid. Misalnya skop soalan murid-murid tahun  empat mencakupi semua tajuk yang sepatutnya dipelajari oleh mereka.(3M)

Selain  itu, ujian sumatif juga mengandungi soalan-soalan yang dibina mengikut aras atau tahap murid murid.   Justeru itu, soalan ujian sumatif mempunyai pelbagai kemahiran bahasa dan pelbagai aras yang mengambil kira tahap kebolehan murid. Oleh hal yang demikian, ujian sumatif lebih sesuai dalam menilai pencapaian murid. Misalnya  ujian pertengahan tahun murid-murid tahun Dua. (2Markah)

Dan...................seterusnya jawablah sendiri..

Dengan panduan ini guru pelatih dapat menilai dan menjawab soalan sebelum menjawab.
Selamat Berjaya... 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
time ksh banyk2 encik azaha
halalkan sgala ilmu yg encik curahkan pd kami utk bjuang esk hari =)

Catatan popular daripada blog ini

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini

Contoh format dan cara menulis prosiding.