SEMESTER BARU BERMULA
Assalamualaikum... buat semua. Semester pertama tahun 2010 telah berlalu dan terlalu banyak kenangan pahit manis telah diharungi bersama-sama teman, sahabat, pensyarah dan ibu bapa. Jangan dikenang peristiwa semalam, yang penting perancangan untuk semester Dua yang akan datang. Yang paling mendebarkan apabila keputusan semester pertama diumumkan. Ramai yang akan berasa bangga, puas, dan gembira dengan pencapaian masing-masing. Tidak kurang yang akan kecewa, berduka dan salahkan diri sendiri kerana keputusan yang amat memalukan. Walau apapun terjadi, itulah adalah takdir yang kita pilih.
Untuk itu, jangan dikesalkan apa yang telah berlaku, kesalkan jika apa yang telah berlaku itu berulang semula. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini. Kita sebagai hamba Allah swt handaklah pasrah dan bersyukur dengan apa yang berlaku. Terimalah hidup kita seadanya dan berusahalah dengan lebih gigih untuk menyempurnakan hajat di hati.
Buat pelajar-pelajar saya, cubalah berusaha untuk menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa dan seterusnya berguna kepada masyarakat. Jangan lupa jika anda beroleh kejayaan cemerlang, lihatlah dan pandanglah bumi yang kita pijak. Jangan asyik melihat langit yang tinggi. Sekian, wassalam.
Ulasan