Selasa, 24 April 2012

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1.    Pengukuran merujuk kepada

  (A)   Sebanyak mana skor yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan untuk menguji pelajar.
  (B)   ujian dalam bentuk bahan  bertulis atau bercetak yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji          
          sesuatu kemahiran bahasa.
  (C)   ukuran yang diberi secara numerik kepada ujian yang diberi kepada pelajar untuk menguji  
           perkembangan prestasi pelajar
  (D)   istilah pengujian yang merujuk kepada item-item tertentu yang diuji kepada pelajar untuk  
           menggredkan mereka dalam tahap seterusnya.


2.    Guru menyuruh pelajar melakar kembali perjalanan cerita dalam bentuk
 grafik. Aras kemahiran kognatif yang dipilih ialah aras

    (A)    pengetahuan
    (B)     pemahaman
    (C)    aplikasi
    (D)    analisis      
                                       
3.    Dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom, aras kesukaran  dibahagikan kepada tiga kategori. Pilih pernyataan yang paling betul berkaitan aras Taksonomi Bloom.

(A)    Aras Kemahiran Pengetahuan berada pada tahap mudah
(B)    Aras kemahiran Sintesis dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sukar
(C)    Aras kemahiran Aplikasi dan aras kemahiran Analisis berada pada tahap sederhana
(D)    Aras kemahiran Pengetahuan dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sederhana


4.    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai maklumat  berikut. Pilih pernyataan yang betul mengenai JSU.

I        Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
II      Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
III    Pemberatan peratus soalan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah masa mengajar  
         dan      kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
IV  Item kesukaran ditentukan terlebih dahulu berdasarkan kedudukan kelas pelajar.
   

(A)        I dan  II sahaja
(B)        I dan III sahaja
(C)       II dan III sahaja
(D)       II dan IV sahaja   

5.    Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) berfungsi sebagai panduan kepada guru dalam membina soalan.
Pilih pernyataan yang betul mengenai kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian .
(A)    Soalan objektif lebih banyak daripada soalan bentuk struktur
(B)    Menentukan jumlah soalan yang sesuai untuk murid yang lemah.
(C)    Memberi panduan memberi markah kepada keputusan peperiksaan murid.
(D)    Memberi panduan untuk membentuk soalan peperiksaan dan format ujian yang sesuai

6.   
•    Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama
•    Ujian jenis ini akan dapat menguji pelajar dengan memberi lebih banyak soalan kepada pelajar.

Pernyataan di atas merujuk kepada ujian jenis
(A)        objektif
(B)        sumatif
(C)        formatif
(D)        Subjektif

7.    Pilih pernyataan yang benar mengenai Ujian subjektif
I    Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan
II    Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara bertulis
III    Tindak balas pelajar mungkin tindak balas bebas atau tindak balas terhad
IV    Soalan memerlukan pelajar menguasai semua sukatan pelajaran yang telah dipelajari

 (A)    I dan II sahaja
(B)    I dan IV sahaja
(C)    I,II dan III sahaja
(D)    II,III dan IV sahaja.


8.    Ujian  Formatif dijalankan untuk

(A)    Menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai kemahiran

(B)   Menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai                                                         
subkemahiran

(C)   Menguji kebolehan bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi                    .    bacaan dan kefahaman

(D)   Menguji kemajuan dan kefahaman  pelajar dalam semua kemahiran .    .    yang telah diajar sepanjang tahun lalu.


9.    Ujian yang dibina untuk menguji kemahiran murid yang melibatkan semua kemahiran dan aspek bahasa.Ujian dilaksanakan pada akhir semester.
Pernyataan ini merujuk kepada ujian

(A)         sumatif
(B)         formatif
(C)         akhir kursus
(D)         penentuan kecekapan

10.     Ciri-ciri penilaian adalah seperti berikut;

•    menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.
•    menilai perkembangan dalam satu tempoh tertentu
•    menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan
•    Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

Penilaian di atas merujuk kepada;

(A)         Penilaian melalui Projek
(B)         Penilaian melalui Portfolio
(C)         Penilaian melalui Pemerhatian
(D)         Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

11.Berikut adalah ciri-ciri portfolio.

•    Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
•    Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.
•    Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.



Jenis portfolio di atas ialah portfolio

(A)    hasil
(B)    kerja
(C)    harian
(D)    dokumentari


12.    Guru boleh menilai kemahiran berbahasa dalam berbagai kaedah.
•    Murid memberi respon  sepontan
•    Murid memberi respon dengan teratur dan lancar
•    Murid memberi alasan yang logik

Penilaian kemahiran dalam pernyataan di atas  merujuk kepada kemahiran
(A)    bertutur
(B)    menulis
(C)    membaca
(D)    mendengar

13.   
•    Guru memperdengarkan  petikan rakaman berita radio
•    Murid mengulas rakaman berita dalam kelas
•    Murid memberi pendapat
Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk
(A)    mengukur tahap pendengaran murid
(B)    menguji kemahiran murid mengingat petikan
(C)    menguji kemahiran murid mendengar petikan dengan teliti
(D)    menguji kebolehan murid memberi pendapat dengan perkataan sendiri

14.   
Langkah-langkah pengajaran
Langkah I    :    Guru mendemonstrasikan aksi berasaskan dialog,
                         murid memerhati, mendengar dan memahami
                        dialog.
Langkah II    :    Lakonan berpasangan atau berkumpulan secara
                          bergilir-gilir. Ulangi lakonan dan aktiviti pengukuhan
Langkah III    :   Latihan pengukuhan dan kemahiran
Langkah IV    :   Rumusan   

Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk

(A)    menguji kebolehan murid bertutur secara  bebas
(B)    menguji kebolehan murid beraksi dengan arahan guru
(C)    Mengggalakan murid bertutur secara  bebas berdasarkan kefahaman dan latih tubi mendengar bertutur
(D)   menggalakan murid beraksi dengan arahan guru berdasarkan kepada kumpulan atau pasangan yang ditetapkan.


15.      Guru menguji kemahiran membaca muridnya dengan memberi bahan
 rangsangan yang dipetik daripada surat khabar.

Aspek  yang ditekankan dalam menilai kelancaran bacaan muridnya ialah

(A)    bacaan laju  mengikut  jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(B)    bacaan lancar  mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(C)    bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.
(D)    bacaan perlahan, mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.

16.    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah menguji muridnya dan mendapati bacaan murid tersebut  masih jelas, tetapi dengan suara yang mendatar dan tersekat-sekat serta melakukan sedikit kesilapan.
Penilaian  kemahiran membaca yang dinilai dalam situasi di atas ialah aspek...

 (A)    kelancaran
 (B)    kefahaman
 (C)    kesantunan
 (D)    suara dan intonasi

17.    Guru  memberi tugasan kepada pelajar agar dapat menyenaraikan kata kerja daripada petikan teks yang dibaca.
Tujuan guru berbuat demikian adalah untuk menilai

        I    kemampuan murid membaca
        II    kemampuan murid memahami bahan bertulis
        III    kepekaan murid mendengar arahan lisan daripada guru
        IV    kebolehan murid mengesan maklumat daripada teks
(A)    I dan II sahaja
(B)    I dan III sahaja
(C)    I,II dan III sahaja
(D)    II,III dan IV sahaja

18.   Hasil karangan yang cemerlang  akan memberi penekanan kepada aspek
        berikut

I    idea yang relevan
II.    bahasa yang grtamatis
III.    bentuk atau jenis karangan
IV.    kesilapan ejaan  yang minimun
(A)        I dan  II sahaja
(B)         III dan IV sahaja
(C)         I, II dan IV sahaja
(D)         II, III dan IV  sahaja


19.
•    kosa kata yang tepat  
•    tanda baca  betul
•    kepelbagaian ayat 
•     minimun kesalahan ejaan
 
Aspek  penilaian  kemahiran di atas merujuk kepada penilaian
(A)    bahasa
(B)    gaya bahasa
(C)    bentuk bahasa
(D)    struktur bahasa

20.    Anda menilai hasil karangan murid anda secara analitikal.                  
Kekuatan yang ada pada permarkahan secara analitikal ialah
    I    mudah dinilai
    II    keboleh percayaan yang tinggi
    III    skema telah disediakan oleh penggubal soalan
    IV    dapat diperiksa oleh guru yang tidak mengajar bahasa  Melayu

(A)        I dan II sahaja
(B)        II dan IV sahaja
(C)        I,II dan III sahaja
(D)        II,III dan IV sahaja   




Selasa, 17 April 2012

RASA DAN PERASAAN

Rasa dan perasaan biasanya melibatkan emosi dan gerak balas  fizikal. Sesuatu perlakuan yang kita lihat akan menimbulkan pelbagai rasa dalam hati kecil kita. Contohnya, kita menyaksikan anak jiran dimarahi ibu bapanya secara keterlaluan.  Mungkin kita rasa simpati pada anak tersebut, atau kita rasa marah pada jiran kerana ikut perasaan marah lalu memukul anaknya.  Menjadi persoalan kita di sini, apakah rasa  yang terdetik dalam hati kecil kita itu mampu kita luahkan dan kita uruskan secara betul? Dalam kes di atas rasa simpati kita terhadap fenomena yang berlaku sudah pasti mendorong kita agar menasihati jiran agar tidak bertindak keterlaluan pada anaknya. Yang pasti, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Realitinya kita akan diam dan lihat sahaja tanpa merealisasikan rasa yang lahir dalam hati kecil kita. Fikir-fikirkan.
Penilaian Kemahiran Mendengar


Sama ada dalam dunia persekolahan atau dalam dunia pekerjaan, kemahiran mendengar amat penting.  Sungguhpun sekolah merupakan institusi yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan ujian bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut memerlukan pelajar mendengar secara berkesan.  Oleh itu, kemahiran mendengar yang baik dan berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana:

(a)    bagi memahami konsep, idea, isi dan maklumat yang berkaitan dengan setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh guru.  Selain buku teks dan bahan pembelajaran yang lain, penjelasan atau penerangan tentang sesuatu topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan pelajar mendengar dan memahami dengan baik.
(b)    dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan melatih) pelajar supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri tentang sesuatu.  Seseorang pelajar itu tidak akan dapat berbuat demikian atau memberi tindak balas yang sewajarnya, sekiranya ia tidak faham apa-apa yang didengarnya.
(c)    kemahiran mendengar penting bagi mendapatkan data atau maklumat mengenai sesuatu bukan sahaja semasa guru mengajar.  Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang pelajar peroleh datangnya daripada sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen, perbualan,ceramah, forum, dialog dan seumpamanya.  Ini adalah sumber tambahan yang pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan menambahkan pengetahuan, boleh berfikir, mentafsir dan menilai tentang apa yang didengarnya, dan menajamkan pemikirannya.

Penyataan di atas tadi menunjukkan bahawa kemahiran mendengar itu perlu disertai dengan kemahiran memahami apa yang didengar . Kita harus membezakan proses mendengar dan memahami pendengaran sebab bukan semua orang yang boleh mendengar dan memahami apa yang didengarnya.  Malahan, antara orang yang faham apa yang didengarnya, terdapat pula perbezaan tentang tahap kefahamannya.  Ini kerana tahap kemahiran mendengar dan memahami apa yang didengar itu berbeza daripada individu ke indidividu.  Pada keseluruhan, proses tersebut memerlukan seseorang itu:

    (a)    mendengar dengan teliti,
    (b)    memahami, dan
    (c)    menilai atau mentafsir maklumat, idea, isi bahan yang didengar.

Objektif  Menguji  Kemahiran  Mendengar

Berdasarkan perbincangan kita setakat ini, maka objektif kita menguji kemahiran mendengar seharusnya menepati gagasan (konstrak) atau konsep kita tentang kemahiran tersebut.  Konsep kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya mengandungi beberapa subkemahiran penting seperti:

i.    Kebolehan mendengar  bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dari segi struktur linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi, semantik, idiom, sintaksis dan seumpamanya.

ii.    Pengetahuan  tentang struktur linguistik sesuatu bahasa yang didengarnya (aspek yang tersebut di atas), dalam usaha mencari makna dan memahami apa yang didengar.  Jadi aspek kefahaman adalah teras dalam menguji kefahaman mendengar.  Aspek kefahaman mendengar (listening comprehension) akan diuji secara langsung, sungguhpun aspek bahasa (struktur linguistik) yang tersebut dalam (a) akan teruji secara tidak langsung dalam pengujian kemahiran tersebut.

iii.    Aspek kefahaman mendengar yang dimaksudkan dalam (b) itu merupakan kefahaman yang literal.  Ia seharusnya merupakan teras ujian untuk menjadi asas bagi kefahaman pada peringkat yang lebih tinggi – iaitu mentafsir dan menilai maklumat, isi, idea atau cerita yang didengar.  Oleh yang demikian, selain menilai kefahaman pelajar mendengar yang perlu dan sesuai, para guru patut juga menguji kebolehan pelajar menganalisis dan menilai apa yang didengarnya.  Kemahiran mendengar secara kritis adalah matlamat akhir dalam mengajar kemahiran tersebut, terutama sekali di peringkat persekolahan menengah atau yang lebih tinggi lagi. 


Teknik Menguji Kemahiran Mendengar

Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji berdasarkan konteks yang sebenar.  Oleh sebab situasi di sekolah menghadapi kekangan untuk mendapatkan konteks tersebut, jadi guru perlu menyediakan konteks yang berupa simulasi dan sampel daripada situasi mendengar tersebut.  Antara teknik bagi menguji kemahiran mendengar itu ialah:


i.    Ujian Mendengar Petikan
ii.    Ujian Mendengar Pragraf
iii.    Ujian Imlak

i.    Ujian Mendengar Petikan
   
Cara menjalankan ujian ini:

    I.   









    II.











Peringatan:    Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana ini bukan kemahiran membaca.  Pelajar hanya dikehendaki mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan kemudiaannya menjawab soalan yang ditanyakan.

Contoh:

Papa memberitahuku aku, dia datang untuk mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur.  Kata Mama, kawan-kawan di sekolah muzik selalu bertanya tentang diriku.  Kata mama juga, papa sudah membeli organ baru untukku.
    “Baliklah, Rid boleh main organ sendiri!”  Pujuk mama.
    Aku tidak memberi sebarang jawapan.  Mama risau dengan sikapku.  Papa pun demikian juga.  Mungkin mama dan papa menyangka, aku sudah merajuk kerana sudah lama berjanji untuk membeli organ tidak ditunaikan.
    Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang rancangannya untuk membawa aku pulang ke Kuala Lumpur.  Pak Cik Sani tidak melarang, tetapi katanya, aku sedang belajar agama dengan Hamzah di sekolah.  Muka papa dan mama berubah corak.  Aku tidak mengerti kenapa wajah papa dan mama begitu.
( Dipetik daripada cerpen Buku Catatan Farid Badrul,
karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman,
antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)

1.    Apakah tujuan papa dan mama ‘aku’ datang ke rumah Pak Cik Sani?

(A)    bercuti panjang di kampung
(B)    mengajak “aku” balik ke bandar
(C)    memberitahu “aku” tentang piano yang baru dibeli oleh Papa
(D)    memujuk  “aku” supaya jangan merajuk lagi.

2.    Apakah perwatakan “aku” yang patut dicontoh oleh pelajar-pelajar?

    (A)    gigih belajar agama
    (B)    malu untuk bertanya
    (C)    sukar membuat keputusan
    (D)    tidak menerima pemberian orang


ii.    Ujian Mendengar Paragraf

Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini  ialah perenggan kecil.  Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain.  Yang demikian misalnya, setiap paragraf merupakan satu petikan yang dikutip daripada sumber yang berlainan.  Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapa petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya.  Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Cara menyediakan soalan kefahaman mendengar bagi setiap petikan atau paragraf tersebut sama dengan teknik aneka pilihan.  Cara mentadbirkan ujian adalah hampir sama.  Perbezaannya ialah cuma dari segi murid menjawab soalan, iaitu menurut giliran selepas guru selesai memperdengarkan sesuatu petikan seperti Petikan A, B, C, D  dan seterusnya.  Kertas soalan bagi setiap petikan itu perlu diedarkan oleh guru sebelum ujian dimulakan.   Petikan paragraf yang digunakan itu diperdengarkannya sekali, dan pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengan sesuatu petikan paragraf itu selepas guru selesai membacanya.  Misalnya, selepas guru selesai membaca petikan (A), pelajar akan menjawab soalan petikan (A); dan kemudian baru guru membacakan petikan (B).  Apabila selesai, pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan bagi petikan (B).  Demikianlah seterusnya menurut giliran. 

Ujian kefahaman mendengar paragraf ini dianggap lebih sesuai bagi pelajar menengah rendah, seperti tingkatan satu dan dua.  Perlu diingatkan kepada para guru bahawa ini ialah ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca.  Oleh sebab ini ialah ujian kefahaman mendengar, maka paragraf tersebut hanya diperdengarkan kepada pelajar-pelajar melalui bacaan nyaring oleh guru yang menjalankan ujian.





iii.    Ujian Imlak

Imlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979).  Menurut beliau, ujian imlak  bukanlah semata-mata ujian tentang ejaan malahan lebih daripada itu.  Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran ‘mendengar’ dalam sesuatu bahasa dan ‘kefahaman’ mengenainya dalam bahasa yang didengar.  Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya). Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa, dan bukan ejaan semata-mata.  Kemahiran mengeja menjadi penting kerana pendengar dikehendaki menulis semula apa-apa yan didengarnya dalam ujian imlak.  Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan (petikan paragraf) yang diperdengarkan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih mudah dari segi menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya.  Dari segi persediaan, guru hanya memilih keratan yang hendak diperdengarkan.  Ia tidak memerlukan peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua, dakwat cetakan, radio atau kaset.  Ia dianggap sangat praktis kerana tidak memakan masa yang banyak dari segi persediaan.  Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik lain.  Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah.  Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar.  Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah.  Pemeriksaan dan pemarkahannya adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran antara pemeriksa adalah sangat tinggi.

Arahan Bagi Ujian Imlak

Adalah amat penting bagi pelajar-pelajar diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan.  Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan:

   















Cara Membacakan Keratan Imlak

Mula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar sebelum Ujian Imlak itu dijalankan.  Selepas  imlak dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan pelajar.  Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian.  Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural (biasa).  Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi yang betul.  Yang berikut ialah satu contoh keratan imlak dan tanda jeda yang sesuai dalam penyampaiannya:

Contoh:

Keratan Ujian Imlak

Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa./ Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu/ menyinari permukaan air laut/ menjadikannya berkilau-kilauan./  Ombak berkejar-kejaran/ ke tepi pantai./  Apabila sampai ke tepi pantai/ ombak itu pun pecah, / buihnya menjamah pasir pantai/ yang halus dan putih itu./ (Abdul Aziz Abdul Talib,1996).

Cara Memberi Markah

Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat dalam  keratan imlak yang dibacakan itu.  Misalnya, 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan.  Pengagihan markah adalah seperti berikut:

Bil.    Markah    Keterangan

1.    1 markah    Bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada teks asalnya.

2.    1 markah


atau
½  markah
    Bagi setiap perkatan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud lain kepada ayat/ keseluruhan teks asalnya.  Contoh: bilik ditulis sebagai bilek.  Kelainan fonem yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu adalah dimaafkan.

Bagi kesilapan seperti di atas jika guru perlu menggunakan sistem pemarkahan yang lebih ketat .
3.    0 markah    Bagi setiap perkataan yang salah ejaannya dan tiada kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan yang tidak membawa maksud dan maksud yang berlainan daripada konteks ayat/keseluruhan teks asalnya.

Ini termasuklah jenis kesalahan :
•    tinggalan bunyi huruf/ perkataan/ imbuhan yang ditinggalkan
•    tambahan bunyi huruf/ imbuhan/perkataan yang ditambah
•    pembalikan - huruf/ perkataan frasa yang dituliskan secara terbalik atau songsang
•    gantian bunyi huruf yang membawa maksud yang berlainan dalam Bahasa Melayu seperti ‘jadi-jati’, ‘telur-telor’.
                                Jadual 4:  Cara Pemarkahan Imlak

           Sumber: Abdul Aziz Abu Talib (1996: 45-57 )
Berdasarkan contoh di atas dapat disimpulkan bahawa isi kandungan ujian bagi menguji keseluruhan prestasi kefahaman mendengar, bolehlah dibahagikan menurut aspek-aspek yang berikut:

•    kebolehan untuk menerima berita dan memahami apa yang disampaikan
      ( seperti telefon, berita radio/ televisyen).
•    Kebolehan untuk membuat kesimpulan yang mudah dan tepat daripada bahan-bahan yang tidak dinyatakan secara eksplisit ( seperti wacana tersirat).
•    Kebolehan untuk memahami masalah congak kira-kira yang mudah ( seperti dalam situasi mencampur barang-barang yang dibeli – jual beli).
•    Kebolehan untuk menangkap perbendaharaan kata dan konsep secara tersendiri dalam situasi konteks ( seperti makna perkataan dalam konteks).
•    Kebolehan untuk membezakan konsep-konsep tatabahasa ( seperti pefrbezaan morfologi – imbuhan).
•    Kebolehan untuk meneliti perbezaan dalam rima ( seperti intonasi dan tekanan dalam struktur).

Kesemua kandungan ini haruslah diletakkan dalam konteks yang bermakna, dan tidak wajar diuji berasingan atau bersendirian.

Contoh yang diperkatakan terdahulu lebih cenderung untuk menguji kemahiran mendengar.  Misalnya, kemahiran mendiskrimasi fonem, bentuk atau pola-pola intonasi, tekanan dan nada tertentu dalam ayat.

Beberapa Teknik Menguji Kemahiran Mendengar

1.    Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkatan berpasangan minimal seperti   tari – dari , karam – garam , kakak  - gagak ,  debu – tebu , tali – tari , pawang – bawang , hampa – hamba , suka – duka ,  sapu – situ dll
Guru menyebut salah satu daripada pasangan itu dan murid diminta menunjukkannya atau menandakan atas kertas masing-masing.
2.    Mengenal pasti perbezaan bunyi berdasarkan gambar – beberapa keping gambar disediakan dan guru menyebut nama benda / objek dalam gambar tersebut dan murid dikehendaki menunjukkannya.  Perkataan seperti buku , pen , kasut , paku , siku , lalat , kulat , pisau , pulau , dll
3.    Mengenal pasti farsa atau ayat yang mengandungi bunyi hampir-hampir sama tetapi maknanya berbeza – guru tunjukkan beberapa frasa atau ayat yang mengandungi bunyinya hampir-hampir sama dan murid dikehandaki menunjukkan atau menandakan frasa atau ayat yang dibacakan oleh guru.
Contoh : Budak dalam kelas – bedak dalam gelas , Ayam berkokok – Ayah bersongkok , kaki patah – Nasi mentah, Buah jering – Kuah kering dll
4.    Mengenal pasti ayat mengikut intonasi – Guru membacakan beberapa jenis ayat yang berlainan intonasi seperti intonasi ayat berita, ayat tanya, ayat suruan, ayat perintah dan murid dkehandaki menandakan.
Contoh : Ikan dalam sungai – Ikan dalam sungai? – Wah! Banyaknya ikan dalam sungai- Ambil ikan dalam sungai itu.
5.    Memadankan frasa / ayat dengan gambar – guru menyebut frasa atau ayat dan murid dikehendaki memilih gambar yang sesuai atau guru tunjukkan gambar dan murid memilih pernyataan yang sesuai.
6.    Ujian Imlak atau rencana – Sesuai untuk menguji kemahiran mendengar tetapi dapat dijalankan apabila murid telah menguasai kemahiran menulis, khususnua penulisan mekanis. Guru membaca satu petikan yang sesuai denagn tahap murid dan mereka dikehendaki menulis dengan menggunakan ejaan serta tanda baca yang betul.
7.    Membaca / memberi arahan-arahan mudah dan murid dikehendaki memberi tindak balas yang tepat mengikut arahan yang mereka dengar.
8.    Mengemukakan soalan berdasarkan petikan kefahaman yang diperdengarkan dan memerlukan pelajar memahami apa yang didengar.  Pelajar akan mendengar petikan yang telah dirakamkan, dan hanya berhadapan dengan satu keping kertas jawapan untuk menanda pilihannya daripada soalan-soalan yang didengarnya melalui pita rakaman itu.
,
Contoh:

    “Saya hairan mengapa Perhentian Bas Jitra berlainan daripada perhentian bas di tempat lain.  Penumpang-penumpang terpaksa berdiri di tengah-tengah panas untuk menanti bas.”

Soalan:

1.    Perhentian bas Jitra....
(A)    tidak cantik.
(B)    tidak berlindung.
(C)    tidak ada tempat yang khas.

2.    Kata-kata di atas bersifat....
    (A)    sindiran.
    (B)    membina.
    (C)    merosakkan.


3.    Apakah yang menjadi pokok perbualan dalam rakaman di atas?
    (A)    Perhentian Bas Jitra.
    (B)    Penumpang-penumpang bas.
    (C)    Keadaan cuaca.

                                                                               Sumber:  Azman Wan Cik (1994: 63-64)
8. Mengambil nota atau catatan – guru merumuskan isi-isi pelajaran dan murid dikehendaki menulis dalam buku kemudian guru memeriksa hasil catatan murid
Rumusan

Daripada contoh di atas dapat dirumuskan bahawa aspek pengujian kemahiran mendengar bukan sahja melibatkan kemahiran dan kecekapan mendiskriminasikan bunyi-bunyi tetapi juga melibatkan kemahiran memahami sesuatu yang didengar.  Selain itu, pengujian kemahiran ini seharusnya melibatkan kemahiran bahasa yang
lain khususnya kemahiran lisan dan tulisan.  Begitu juga, pengujian ini boleh melibatkan penerapan kemahiran dan isi kandungan daripada mata pelajaran lain, selain menyepadukan penggunaan beberapa unsur bahasa iaitu seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sistem ejaan.
Tegasnya, penilaian terhadap kemahiran mendengar ini seharusnya diberi perhatian penting kerana sekiranya pengamatan pelajar itu lemah, maka dia akan mengalami kesukaran untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh gurunya dan ini tentunya akan menjejaskan pencapaiannya.

2.    Penilaian Kemahiran Bertutur

Subkemahiran Kemahiran Bertutur

Apakah subkemahiran penting yang berkaitan dengan kemahiran bertutur yang perlu diajar dan dilatih oleh para guru di sekolah?  Subkemahiran tersebut bolehlah disenaraikan seperti yang berikut:

i.        bercakap dengan berani dan yakin dan dengan suara yang jelas supaya 
   dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya.
ii.    bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan.
i.    bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu standard.
ii.    bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik dan menarik, dan tidak membosankan.
iii.    Bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan pertuturan yang berkesan iaitu logik, teratur, natural, spontan, lancar, jelas, penuh tenaga dan minat.


Teknik Menilai Kemahiran Bertutur / menyebut

i.    Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan –pengujian jenis ini sesuai dijalankan bagi murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Guru perdengarkan sebutan perkataan , frasa, ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul- murid dikenhendaki mendengar dan menyebutnya dengan betul terutamanya sebutan bunyi yang sering menjadi masalah kepada murid.
ii.    Menyebut perkataan yang mengandungi pasangan minimal- Guru memaparkan perkataan-perkataan dalam bentuk pasangan minimal dan dikendaki murid menyebutnya atau murid menunjukkan perkataan dan menyebutnya dengan jelas bagi menjelaskan perbezaannya.
iii.    Bacaan Nyaring/ Bacaan Lisan/ Bacaan Kuat
Teknik ini boleh dijalankan setelah murid sudah boleh membaca .Teknik ini dapat digunakan dengan guru menyediakan bahan untuk dibaca oleh murid dan bahan itu haruslah mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang pelbagai jenis supaya kecekapan menyebut dengan takanan nada dan intonasi yang berbeza dapat dinilai – petikan itu boleh terdiri daripada beberapa ayat yang tiada kaitan makna di atara satu sama lain / terdiri daripada ayat-ayat yang berturutan.
IV. Bertutur mengikut arahan – guru memberikan arahan-arahan tertentu yang memerlukan murid memberi gerak balas secara terhadap terhadap arahan itu yang diberikan oleh guru.
Contihnya : Guru menyebut – beritahu rakan kamu bahawa saya ingin berjumpa dengannya esok –maka murid akan memberi tindak balas dengan  mengujarkan ayat : “ Abu , cikgu ingin berjumpa kamu esok” atau guru beri arahan berbentuk situasi dan minta murid memberi tindak balas yang sesuai yang melibatkan pertuturan.
V. Bertutur berdasarkan gambar – Guru tunjukkan gambar / objek / peta dll dan beberapa soalan dikemukakan serta murid memberi gerak balas kepada soalan-soalan yang dikemukakan guru.
VI. Bertutur secara berpandu – murid lebih bebas bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka kuasai dengan menggunakan perkataan dan ayat-ayat sendiri, namun begitu batasannya ialah fokus pertuturan mereka ditetapkan oleh guru seperti menceritakan semula sesuatu cerita / petikan yang diberikan guru, memberi penjelasan atau pemeriaan tentang sesuatu,main peranan , temubual dsbnya.

PEMARKAHAN UJIAN BERTUTUR : Boleh dibuat secara analitikal / teperinci atau secara holistik / keseluruhan.
Jika secara keseluruhan / holistik aspek yang dinilai ialah aspek sebutan, kefahaman, tatabahasa, keluasan kosa kata, kelancaran dll.

Bacaan lisan ( oral reading) sebenarnya satu jenis ucapan.  secara     lisan atau secara nyaring proses ‘membaca’ sememangnya berlaku.  Akan tetapi fungsinya dari komunikasi  bahasa ialah untuk menghantar atau meyampaikan mesej atau maklumat kepada sekumpulan pendengar atau penonton.  Ini sering berlaku dalam situasi formal seperti :
a.    Seseorang itu berucap dengan membaca teks ucapan yang telah disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi.
b.    Pemberita di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks berita yang telah disediakan secara bertulis.
c.    Seseorang setiausaha melaporkan minit mesyuarat yang lalu.
d.    Seorang peserta telah menyampaikan kertas kerjanya dalam satu seminar.
e.    Seseorang yang melafazkan puisi seperti sajak atau syair.

Dalam situasi di atas, seseorang itu membacakan teks yang bertulis secara lisan dengan tujuan hendak menyampaikan idea, maklumat, fikiran atau pendapat kepada sekumpulan pendengar atau penonton.  Dengan itu ucapan yang dibacanya itu dianggap sebagai satu pertuturan.  Jadi, tugas bacaan nyaring adalah menyampaikan komunikasi secara lisan, sungguhpun menggunakan teks yang telah disediakan teks secara bertulis terlebih dahulu.
Keratan bacaan yang hendak digunakan bagi menguji bacaan lisan hendaklah sesuai dengan peringkat pelajar yang akan diuji.  Guru perlu menentukan kesesuaiannya dari segi isi keratan, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat.  Biasanya keratan yang panjangnya dalam lingkungan 200 – 500  patah perkataan sesuai dengan pelajar sekolah menengah.

Berikut ialah satu senarai semak yang boleh digunakan oleh guru sebagai garis panduan memberi markah apabila mendengar seseorang pelajar membaca secara nyaring.

Suara dan Penyebutan    i.          Pada keseluruhannya adakah bacaan pelajar didengar dengan jelas?
ii.         Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard?
iii.        Adakah pelajar membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul?
iv.        Adakah kualiti suaranya menarik?
v.         Adakah pelajar membaca dengan berani tanpa takut atau gentar?
 Kelancaran    i.          Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat?
ii.         Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan mengikut unit makna/pemikiran yang betul?
iii.         Adakah murid membaca mengikut tanda bacaan dengan betul:  (Misalnya; ,/ ;/ ?/ !/ “/,  dan seumpamanya)
iv.        Adakah pelajar membaca dengan kadar kelajuan yang sesuai dan cara yang selesa.
 Kefahaman    i.          Adakah pelajar membaca dengan yakin dan bermakna (menunjukkan yang dia faham apa yang dibacanya)
ii.         Adakah pelajar membaca mengikut maksud teks atau menyampaikan maksud penulis?  Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan, berita, fakta dan seumpamanya) dengan jelas; dan/ atau menyampaikan perasaan penulis (marah, hairan, sedih, suka , simpati, takut dan seumpamanya) dengan betul.
iii.        Adakah pelajar membaca dengan intonasi, tekanan, jeda dan unit-unit makna yang betul dan sesuai menurut isi/ tema teks yang dibaca?
iv.         Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan yang betul dan berkesan?
Selepas seseorang pelajar membaca, guru perlu pula merumuskan keseluruhan tanggapannya terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya.  Pada tahap ini, pemarkahan boleh dilakukan dengan menggunakan skala ukuran global 5 – mata seperti yang berikut:

Markah/
Gred   
    Penilaian

5 (A)



4 (B)


3 (C)



2 (D)




1 (E)   
Cemerlang
Bacaan yang tepat, jelas, lancar dan berkesan.  Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi.  Penuh keyakinan dan selesa.

Baik
Bacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek penting.

Sederhana
Bacaan yang masih jelas, tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan.  Sedikit kesilapan.

Lemah
Bacaan yang kurang jelas, terdapat beberapa kesalahan sebutan, intonasi dan jeda.  Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.

Sangat Lemah
Bacaan yang tidak jelas, terhenti-henti atau tergagap-gagap.  Banyak kesalahan sebutan, intonasi dan jeda.  Tidak menunjukkan kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.  Susah hendak difahami oleh penguji.  Sangat mengecewakan kedua-dua pihak (pelajar dan penguji).



ii.     Kemahiran Bercakap

Beberapa teknik yang biasa digunakan oleh para penguji bagi mengukur kemahiran pelajar-pelajar bercakap adalah seperti yang berikut:
(a)    Berbual menurut tajuk.
(b)    Berucap menurut topik/tema.

a.    Berbual Menurut Tajuk

Seperti ujian bacaan lisan, ujian perbualan hendaklah dijalankan dalam sebuah bilik berasingan yang bebas daripada sebarang gangguan bunyi bising.  Perbualan hendaklah berdasarkan sesuatu tajuk yang dirasai sesuai bagi peringkat pelajar.  Bagi peringkat sekolah menengah rendah, tajuk perbualan yang berkaitan dengan rumah dan keluarga, sekolah, hobi, makanan, permainan dan sukan, hari jadi, lawatan, binatang belaan, kawan, buku cerita, majalah, program radio, televisyen, filem dan seumpamanya, biasanya menarik minat dan membolehkan pelajar bercakap dan berbual.  Tujuan kita memberi sesuatu tajuk itu ialah sebagai rangsangan atau stimulus bagi pelajar mula bercakap dan berbual dalam Bahasa Melayu.  Tujuan utama kita ialah hendak mendengar bahasa pertuturannya, dan bukan menguji pengetahuan atau kepakarannya mengenai sesuatu tajuk.

Bagi peringkat sekolah menengah atas pula, tajuk yang berkaitan dengan peristiwa semasa, perkara yang menarik minat pada peringkat negara, aktiviti di sekolah dan di luar sekolah yang berhubung dengan kehidupan remaja dianggap lebih sesuai bagi pelajar yang agak dewasa.  Yang berikut adalah beberapa contoh tajuk untuk ujian perbualan pada peringkat sekolah menengah atas:   

1.    Gejala ‘gangsterism’ di kalangan remaja pada masa ini.
2.    Nasib Bahasa Melayu kita pada tahun 2020.
3.    Faedah melayari internet.
4.    Negara di seberang laut yang saya suka lawati.

Bagi temu ramah atau perbualan, sebaik-baiknya seorang penguji atau penemuramah itu dibantu oleh seorang yang lain.  Sambil seseorang penemuramah berbual dengan pelajar yang diuji, penguji seorang lagi itu akan mendengar, memerhati, memberi markah dan menilai pertuturan pelajar.  Penguji yang berbual, tugasnya semata-mata membawa pelajar berbual; dan yang seorang lagi, tugasnya semata-mata sebagai pengukur dan penilai. Terdapat dua jenis skim pengagihan markah yang boleh dipilih oleh para  guru apabila mendengar seseorang pelajar itu berbual dalam ujian bertutur iaitu:

(a)    secara tanggapan yang menyeluruh, atau
(b)    secara terperinci yang meneliti subkemahiran penting yang berkaitan dengan bahasa pertuturan.




Skim Pemarkahan Secara Tanggapan Menyeluruh

Selepas mendengar seseorang pelajar itu bercakap melalui perbualan, seseorang penguji itu akan cuba mendapatkan satu ukuran tentang kemahiran seseorang pelajar itu bertutur.  Dengan menggunakan skala 6 mata, penguji akan meletakkan taraf kemahiran pelajar bertutur pada skala yang difikirkannya paling sesuai berdasarkan tanggapannya pada keseluruhan pertuturan pelajar dalam perbualan tersebut.


6 (A)



5 (B)




4(C







3 (D))




2 (E)




1 (F)

   
Cemerlang
Pertuturan setaraf dengan penutur jati yang terdidik.  Cukup senang dan fasih menggunakan Bahasa Melayu bagi tajuk yang diperbualkan.

Baik
Sungguhpun tidak sebaik penutur jati, dia bertutur dengan jelas.  Dia tidak mengalami sebarang masalah memahami Bahasa Melayu dan boleh berbuat dengan senang tanpa masalah.

Memuaskan
Perbualan yang memuaskan dan tidak merupakan banyak masalah bagi penutur jati memahaminya.  Terdapat sedikit kesilapan tatabahasa, perbendaharaan kata dan penyebutan, tetapi masih boleh berbual dengan senang tentang tajuk.  Sekali-sekala dia terpaksa membetulkan kesilapannya, tetapi tidak memberikan banyak masalah untuk memahaminya.

Kurang Memuaskan
Sungguhpun kadangkala bahasa lisannya agak memuaskan, tetapi kadang-kadang penutur jati mengalami beberapa masalah berhubung dengannya.  Dia terpaksa mengulang-ulang frasa dan ayat sebelum difahami.

Lemah
Susah hendak difahami oleh penutur jati; dan pelajar juga susah hendak memahami percakapan penutur jati.  Perbualan sangat terhad.  Terdapat banyak kesilapan fonologi, tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Sangat Lemah
Terlalu sukar hendak difahami atau memahami pertuturan tentang apa-apa tajuk sekalipun.


















Skim Pemarkahan Secara Terperinci.

Bagi ujian formatif dan yang dijalankan oleh guru  bagi tujuan diagnostik, iaitu untuk melihat kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dalam subkemahiran penting, skim pemarkahan secara terperinci adalah lebih berguna.  Menurut skim ini,  setiap subkemahiran penting yang berhubungan dengan pertuturan dalam perbualan akan diteliti dan diukur menurut skala 6 mata yang telah ditentukan bagi tatabahasa, perbendaharan kata, pemahaman, kelancaran dan keteloran. 


Tatabahasa
   
(i)      Hampir semua tatabahasa tidak tepat, melainkan frasa biasa.
(ii)   Sentiasa membuat kesilapan, menunjukkan penguasaan yang sangat terbatastentang pola utama tatabahasa dan kerapkali menjejaskan komunikasi.
(iii)   Kerapkali membuat kesilapan kerana belum dapat menguasai pola utama tatabahasa.  Ini mengganggu komunikasi dan pemahaman.
(iv)    Kadangkala membuat kesilapan yang menunjukkan kurang tepat penguasaan tentang pola-pola tertentu, tetapi bukan kelemahan yang boleh menjejaskan pemahaman.
(v)     Sedikit kesilapan, tanpa pola yang boleh menjejaskan pemahaman.
(vi)    Tidak lebih daripada dua kesilapan dalam keseluruhan perbualan.


Perbendaharaan Kata
   
(i)      Tidak cukup perbendaharaan kata walaupun untuk perbualan yang senang.
(ii)      Perbendaharaan kata terhad kepada bidang asas tentang diri dan kehidupan  
          sehari-harian (keluarga, rumah, makanan dan lain-lain).
(iii)     Penggunaan perkataan kadangkala tidak tepat.  Perbendaharaan kata yang 
          terhad menghalang perbualan tentang tajuk.
(iv)     Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan memuaskan.  Ini 
          membolehakan pelajar berbual dan berbincang.
(v)      Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan adalah luas dan tepat.
(vi)     Perbendaharaan kata pelajar adalah setepat dan seluas perbendaharaan kata  
         seorang penutur jati yang terdidik.


Pemahaman
   
(i)     Sangat sedikit walaupun perbualan yang paling senang.
(ii)    Hanya boleh memahami percakapan yang disampaikan secara perlahan.     
        Sentiasa meminta kata-kata diulang semula.
(iii)   Boleh memahami percakapan yang disampaikan dalam bentuk yang agak senang atau ringkas dan kerapkali memerlukan ulangan di sana sini.
(iv)   Boleh memahami percakapandlam perbualan dengan baik.  Tetapi sekali-sekala  
        meminta kata-kata diulang semula.
(v)    oleh memahami keseluruhan perbualan, melainkan jika terdapat bahasa idiomatik;    atau kata-kata yang disebutkan dengan laju, atau yang tidak disebutkan dengan jelas.
(vi)   Boleh memahami keseluruhan perbualan dengan baik, sama ada dalam Bahasa 
        Melayu standard atau bahasa kolokial/idiomatic yang biasa dituturkan oleh seorang penutur jati yang terdidik.


Kelancaran
   
i)     Pertuturan terhenti-henti dan tersekat-sekat.  Tidak memungkinkan berlaku perbulan.
ii)    Pertuturan sangat lambat dan tidak licin, melainkan bagi ayat-ayat yang pendek dan  
       biasa.
iii)   Pertuturan tersangkut-sangkut dan terdapat ayat yang tidak lengkap.
iv)   Kadangkala pertuturan tersangkut-sangkut dan mengulang-ulang kata atau frasa.
v)    Pertuturan yang biasa (natural) dan licin, tetapi tidak semahir penutur jati.
vi)   Pertuturan dalam keseluruhan perbualan semahir seorang penutur jati





b.    Berucap Mengikut Topik / Tema

Teknik ini mungkin boleh digunakan bagi peringkat sekolah menengah sahaja.  Menurut teknik ini, pelajar diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik.  Seseorang pelajar akan memilih satu topik daripada pilihan yang diberikan, dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik yang dipilih. Teknik ini mempunyai risiko atau bahaya kerana seseorang pelajar itu mungkin akan menghafalkan keseluruhan ucapannya. 
Bagi memberi markah dan mengukur kemahiran pelajar bertutur menggunakan teknik berucap menurut topik ini, skim pemarkahan secara tanggapan menyeluruh atau skim pemarkahan secara terperinci bolehlah digunakan dengan sedikit perubahan.

iii.    Kemahiran Bertutur/ Berinteraksi   

a.    Temu bual/ Temu duga

Teknik temu bual atau temu ramah dalam menilai kemahiran bertutur ini memberi peluang yang lebih bebas kepada pelajar untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri.  Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar, iaitu wujud interaksi di antara si penemuramah atau penemuduga (guru) dengan pelajar.  Guru dapat melihat kebolehan sebenar pelajar dalam menggunakan bahasa yang mereka pelajari itu secra lisan dalam konteks yang hampir-hampir natural

 Cara pelaksanaannya:       
                     Situasi



“Apa khabar?”, “Di manakah kamu tinggal”, “Berapa orang adik beradik kamu?”, Kamu anak yang keberapa?”, dan sebagainya.
•    Temubual ini hendaklah berjalan dengan lancar, iaitu sebaiknya tidak berlaku suasana terdiam seketika seolah-olah telah kehilangan idea, yang akan menyebabkan pelajar berasa sereba salah dan panik.
Dalam latihan seperti ini, ayat-ayat dalam bahasa Melayu dapat diucapkan berdasarkan situasi dan nada yang biasa dilafazkan oleh penutur jati.  Oleh yang demikian, pengucapan pola ayat bahasa Melayu adalah bertitik  tolak daripada prosedur dan tata
Cara yang dinyatakan.  Oleh itu, penilaian yang dilaksanakan juga berdasarkan  alat atau instrumen, skema, dan rubrik  yang dicadangkan.






INTERAKSI TUTORIAL

1.    Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi:

a.    aras kefahaman/ kognitif Taksonomi  Bloom.
b.    ketepatan membina item ujian objektif mengikut garis panduan yang 
            telah disediakan.
c.    kepelbagaian jenis item ujian objektif.

2.    Sila baiki dan bina semula item objektif yang lemah itu berdasarkan garis panduan membina item objektif.

PENGALAMAN  BERASASKAN SEKOLAH

1.    Bina JPU untuk peperiksaan akhir tahun dan sediakan soalan-soalan berdasarkan JPU tersebut.



     Bacaan Asas
    
Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd. 

Azman Wan Cik ( 1987). Isu-isu Dalam Pengukuran Dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Cik (1994) Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru.  Menilai dan Mentaksir , Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990).  Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,  Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001).  Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan).  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti.



Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.



Anuar Amat & Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa

Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan : Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas
( Semester 1). Shah Alam: Fajar Bakti

Institut Bahasa (1994).  Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990).  Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia.  Kuala Lumpur:  Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991).  KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang (2000) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepas Ijazah) Semester 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.













Itu sahaja....
                       ‘SELAMAT BERJAYA’



Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Terbahagi kepada dua :

Sabtu, 7 April 2012

Contoh soalan-soalan lepas BMM3103

1.    Pengukuran merujuk kepada

    (A)    Sebanyak mana skor yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan untuk menguji pelajar.
    (B)    ujian dalam bentuk bahan  bertulis atau bercetak yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji    
             sesuatu   kemahiran bahasa.
    (C)    ukuran yang diberi secara numerik kepada ujian yang diberi kepada pelajar untuk menguji 
             perkembangan prestasi pelajar
     (D)    istilah pengujian yang merujuk kepada item-item tertentu yang diuji kepada pelajar untuk 
              menggredkan mereka dalam tahap seterusnya.

2.    Guru menyuruh pelajar melakar kembali perjalanan cerita dalam bentuk
      grafik. Aras kemahiran kognatif yang dipilih ialah aras

    (A)    pengetahuan
    (B)     pemahaman
    (C)    aplikasi
    (D)    analisis    
                                             
3.    Dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom, aras kesukaran  dibahagikan kepada tiga kategori. Pilih pernyataan yang paling betul berkaitan aras Taksonomi Bloom.
   (A)    Aras Kemahiran Pengetahuan berada pada tahap mudah
   (B)    Aras kemahiran Sintesis dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sukar
   (C)    Aras kemahiran Aplikasi dan aras kemahiran Analisis berada pada tahap sederhana
   (D)    Aras kemahiran Pengetahuan dan aras kemahiran Aplikasi berada pada tahap aras sederhana


4.    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai maklumat  berikut. Pilih pernyataan yang betul mengenai JSU.
      I        Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
     II        Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
     III       Pemberatan peratus soalan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan jumlah masa mengajar dan kepentingan    
               sesuatu kemahiran itu diajar.
     IV       Item kesukaran ditentukan terlebih dahulu berdasarkan kedudukan kelas pelajar.
   
(A)        I dan  II sahaja
(B)        I dan III sahaja
(C)       II dan III sahaja
(D)       II dan IV sahaja    

5.    Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) berfungsi sebagai panduan kepada guru dalam membina soalan.
Pilih pernyataan yang betul mengenai kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian .
(A)    Soalan objektif lebih banyak daripada soalan bentuk struktur
(B)    Menentukan jumlah soalan yang sesuai untuk murid yang lemah.
(C)    Memberi panduan memberi markah kepada keputusan peperiksaan murid.
(D)    Memberi panduan untuk membentuk soalan peperiksaan dan format ujian yang sesuai

6.   
•    Pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama
•    Ujian jenis ini akan dapat menguji pelajar dengan memberi lebih banyak soalan kepada pelajar.

Pernyataan di atas merujuk kepada ujian jenis
(A)        objektif
(B)        sumatif
(C)        formatif
(D)        Subjektif

7.    Pilih pernyataan yang benar mengenai Ujian subjektif
   I    Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan
  II    Soalan memerlukan pelajar memberi tindak balas secara bertulis
 III    Tindak balas pelajar mungkin tindak balas bebas atau tindak balas terhad
 IV    Soalan memerlukan pelajar menguasai semua sukatan pelajaran yang telah dipelajari
 (A)    I dan II sahaja
 (B)    I dan IV sahaja
 (C)    I,II dan III sahaja
 (D)    II,III dan IV sahaja.

8.    Ujian  Formatif dijalankan untuk

(A)          Menguji kemajuan pelajar dalam mencapai atau menguasai kemahiran
(B)         Menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai                                                    subkemahiran
(C)         Menguji kebolehan bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi                    .    bacaan dan kefahaman
(D)         Menguji kemajuan dan kefahaman  pelajar dalam semua kemahiran .    .    yang telah diajar sepanjang tahun lalu.

9.    Ujian yang dibina untuk menguji kemahiran murid yang melibatkan semua kemahiran dan aspek bahasa.Ujian dilaksanakan pada akhir semester.
Pernyataan ini merujuk kepada ujian

(A)          sumatif
(B)         formatif
(C)         akhir kursus
(D)         penentuan kecekapan

10.    Ciri-ciri penilaian adalah seperti berikut;

•    menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.
•    menilai perkembangan dalam satu tempoh tertentu
•    menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan
•    Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

Penilaian di atas merujuk kepada;
(A)         Penilaian melalui Projek
(B)         Penilaian melalui Portfolio
(C)         Penilaian melalui Pemerhatian
(D)         Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

11. Berikut adalah ciri-ciri portfolio.

•    Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.
•    Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.
•    Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
Jenis portfolio di atas ialah portfolio

(A)    hasil
(B)    kerja
(C)      harian
(D)      dokumentari

12.    Guru boleh menilai kemahiran berbahasa dalam berbagai kaedah.
•    Murid memberi respon  sepontan
•    Murid memberi respon dengan teratur dan lancar
•    Murid memberi alasan yang logik

Penilaian kemahiran dalam pernyataan di atas  merujuk kepada kemahiran
(A)    bertutur
(B)    menulis
(C)    membaca
(D)    mendengar

13.   
•    Guru memperdengarkan  petikan rakaman berita radio
•    Murid mengulas rakaman berita dalam kelas
•    Murid memberi pendapat
Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk
(A)    mengukur tahap pendengaran murid
(B)    menguji kemahiran murid mengingat petikan
(C)    menguji kemahiran murid mendengar petikan dengan teliti
(D)    menguji kebolehan murid memberi pendapat dengan perkataan sendiri

14.   Langkah-langkah pengajaran

Langkah I    :     Guru mendemonstrasikan aksi berasaskan dialog,
                            murid memerhati, mendengar dan memahami
                           dialog.
Langkah II    :    Lakonan berpasangan atau berkumpulan secara
                           bergilir-gilir. Ulangi lakonan dan aktiviti pengukuhan
Langkah III    :  Latihan pengukuhan dan kemahiran
Langkah IV    :  Rumusan   

Berdasarkan pernyataan di atas, tujuan guru melaksanakan aktiviti di atas adalah untuk
(A)    menguji kebolehan murid bertutur secara  bebas
(B)    menguji kebolehan murid beraksi dengan arahan guru
(C)    Mengggalakan murid bertutur secara  bebas berdasarkan kefahaman dan latih tubi mendengar bertutur
(D)    menggalakan murid beraksi dengan arahan guru berdasarkan kepada kumpulan atau pasangan yang ditetapkan.

15.      Guru menguji kemahiran membaca muridnya dengan memberi bahan
 rangsangan yang dipetik daripada surat khabar.
Aspek  yang ditekankan dalam menilai kelancaran bacaan muridnya ialah
(A)    bacaan laju  mengikut  jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(B)    bacaan lancar  mengikut jeda dan tanda baca serta cara yang sesuai.
(C)    bacaan lancar mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.
(D)    bacaan perlahan, mengikut jeda dan tanda baca serta kelajuan yang sesuai.

16.   Penilaian  kemahiran membaca yang dinilai dalam situasi di atas ialah aspek...
(A)    kelancaran
(B)    kefahaman
(C)    kesantunan
(D)    suara dan intonasi

17.    Guru  memberi tugasan kepada pelajar agar dapat menyenaraikan kata kerja daripada petikan teks yang dibaca.
Tujuan guru berbuat demikian adalah untuk menilai
        I    kemampuan murid membaca
        II    kemampuan murid memahami bahan bertulis
        III    kepekaan murid mendengar arahan lisan daripada guru
        IV    kebolehan murid mengesan maklumat daripada teks
(A)    I dan II sahaja
(B)    I dan III sahaja
(C)    I,II dan III sahaja
(D)    II,III dan IV sahaja

18.   Hasil karangan yang cemerlang  akan memberi penekanan kepada aspek
        berikut;

I    idea yang relevan
II.    bahasa yang gramatis
III.    bentuk atau jenis karangan
IV.    kesilapan ejaan  yang minimun
(A)    I dan  II sahaja
(B)     III dan IV sahaja
(C)     I, II dan IV sahaja
(D)    II, III dan IV  sahaja


19. Aspek  penilaian  kemahiran di atas merujuk kepada penilaian
(A)    bahasa
(B)    gaya bahasa
(C)    bentuk bahasa
(D)    struktur bahasa

20.    Anda menilai hasil karangan murid anda secara analitikal.                  
Kekuatan yang ada pada permarkahan secara analitikal ialah
    I    mudah dinilai
    II    keboleh percayaan yang tinggi
    III    skema telah disediakan oleh penggubal soalan
    IV    dapat diperiksa oleh guru yang tidak mengajar bahasa Melayu

(A)        I dan II sahaja
(B)        II dan IV sahaja
(C)        I,II dan III sahaja
(D)        II,III dan IV sahaja