Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012
Salam perjuangan untuk semua, Dalam menjalani kehidupan yang mendatang, kadang-kadang kita gembira apabila rancangan yang kita buat menjadi kenyataan. Namun demikian, ramai yang berduka apabila harapan yang tidak kesampaian. Tidak kurang yang kecewa apabila gagal  merancang dalam hidup. Walaupun apa yang berlaku, kita perlu redha dan menerima ketentuan dan ketetapan Allah. Sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Inilah TAKDIR dan Qadak dan Qadar Allah. Kita sebagai makhluk ciptaanNya perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran kerana perjalanan hidup kita adalah hak Allah.           Kita sebagai insan yang menumpang sementara waktu di Bumi  Tuhan semestinya bersyukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.  Nikmat lima pancaindera yang Allah pinjamkan kepada hambaNya tidak mampu dan tidak terbalas dengan wang ringgit. Sebaliknya, ramai yang lupa dan alpa dengan nikmat serta rahmat Allah sehinggakan ada manusia yang berani mencaba...